Ai, takkan tengok jak.. hehehe

Tips Memilih Kata Laluan Yang Selamat


Dalam dunia teknologi maklumat, password adalah salah satu cara nak elakkan orang daripada menceroboh maklumat penting. Biasanya setiap laman web ada kriteria tersendiri untuk password seperti mesti 8 karakter dan lebih, kombinasi dengan nombor, simbol dan sebagainya. Ini semua bertujuan untuk keselamatan data kita.

Paling utama laman web yang kita kena buat password yang kuat ialah laman web perbankan seperti Maybank2u,Cimbclick,Paypal ataupun laman web beli-belah macam Amazon atau eBay.

Tips yang boleh saya kongsikan di sini ialah:
1. Katakanlah perkataan password yang kita pilih ialah facebook. Mula-mula terbalikkan perkataan tu. Jadi sekarang password kita jadi koobecaf.
2. Kemudian tukarkan kepada nombor kepada huruf yang sesuai seperti O>0, e>3. Kini, perkataan password jadi k00b3caf.
3. Kalau sistem tu membenarkan karakter unik macam @#$^&, jadi perkataan k00b3caf boleh tukar jadi k00b3c@f dengan menggantikan a dengan @.
4. Kalau sistem tu hanya benarkan huruf dengan nombor saja, tukarkan mana-mana huruf jadi huruf besar. Dalam hal ni saya pilih huruf a jadi huruf besar. k00b3cAf.
5. Katakan nak lagi ubah kepada lagi kepada password yang lebih susah, masukkan apa-apa nombor yang kita ingat dan faham dalam perkataan password tu. Contohnya saya masukkan ketinggian saya pada hujung perkataan password. Inilah hasilnya k00b3cAf154.

Mesti susah nak ingat password tu kan.Lagipun itu contoh.Takpe, yang penting kita faham password kita, tak perlu ingat pun. Oklah. Kita dah buat password tadi. Lepas ni kita nak uji sejauh mana kekuatan password kita tadi di  SINI.

Masukkan password yang kita dah cipta tadi. Hasilnya ‘It would take about 164 thousand years for desktop PC to crack your password’! 164 ribu tahun nak godam password tu! Terlebih power lak.

♥ Dah baca? Komen la plak.. :) ♥

1 comments:

MIDONZ said...

yeahhh..
ini yang kita mahu..
thanks yaa