Ai, takkan tengok jak.. hehehe

Cara remove virus shortcut .lnk

Pernah tak anda semua alami dimana ketika anda memasukkan thumb drive atau external hard disk ke laptop atau komputer anda tetapi folder yang sepatutnya ada dalam peranti tersebut tiba-tiba hilang atau menjadi shortcut?? 

Jika pernah, jangan risau kerana folder tersebut bukanlah hilang tetapi attributes  folder tersebut menjadi superhidden dan berformat .lnk. Fail yang terdapat dalam folder tersebut juga masih ada didalamnya. Cara untuk memulihkan kembali folder anda adalah sangat mudah dan saya sendiri pun seronok melakukannya.. ^___^


1. Mula-mula sekali, pastikan thumb drive atau external hard disk anda telah dimasukkan.

2. Pergi ke Tool - Folder Options - View - pilih Show hidden files and folders dan untick pada bahagian Hide protected operating systems files untuk memaparkan folder yang telah menjadi superhidden.


3. Pada ketika ini, folder anda sudah boleh dicapai tetapi apabila anda menukar tetapan untuk folder options anda kembali kepada "Do not show hidden files & folders", folder anda akan ter'hidden' semula. Bagi mengatasi masalah tersebut, jom ikuti langkah seterusnya. 

4. Bagi pengguna Windows XP seperti saya, klik Start - Run - taip cmd dan tekan Ok. Bagi pengguna Windows 7 boleh klik Start - All Program - Accessories - Run/Command Prompt - Enter untuk paparkan command prompt. Kemudian taip cd.. (dua titik sahaja) dan Enter sehingga tiba d C:\


5. Masukkan lokasi storan anda, contohnya saya masukkan h: kerana thumb drive saya terletak di H: . Anda boleh memilih sama ada menggunakan huruf besar atau huruf kecil pun boleh.. Kemudian taip kan dir dan tekan Enter. Paparan seperti dibawah akan ditunjukkan.


6. Arahan dir  adalah untuk memaparkan semua fail atau folder yang terdapat dalam storan anda. Nama storan juga akan dipaparkan seperti contoh diatas.


7. Pada bahagian bawah senarai fail akan dipaparkan bilangan fail dan folder(dir) yang terdapat dalam thumb drive tersebut. Anda boleh lihat tiada folder yang dapat dikesan oleh command prompt ini kerana semua folder tersebut telah menjadi "superhidden". 

8. Ok, bagi menukar attributes folder tersebut, taipkan arahan seperti dibawah.

attrib -s -h namafolder


9. Contoh adalah seperti gambar diatas. Bagi nama folder yang mengandungi space, gunakan penanda double quote seperti berikut.

attrib -s -h "minggu suai kenal"

10. Lakukan langkah ke enam sehingga semua folder dapat dipulihkan.. Sekiranya ada pertanyaan, jangan malu jangan segan, komen anda amatlah dihargai.. :)


P/s: Sila klik imej untuk paparan yang lebih jelas.. :)
♥ Dah baca? Komen la plak.. :) ♥

1 comments:

نورالعتيقة محمود said...

boleh sy tanya..macam mana kalau semua folder dalam external harddisk saya masih ada..tapi file2 dalam 1 folder ni tak ada langsung, hilang macam tu je..masih boleh trace cara ni ke?

minta reply di sini (thiqah16789@gmail.com)..terima kasih!