Ai, takkan tengok jak.. hehehe

Apa Itu Trojan?

Trojan atau Trojan Horse adalah sebuah program yang kelihatan sama seperti program yang biasa tetapi sebenarnya program tersebut mengandungi kod-kod yang berbahaya kepada sesebuah komputer dan mampu mengakibatkan kerosakan. Kerosakan tersebut boleh ditafsirkan sebagai kecurian data, kecurian identiti, akaun sulit dan sebagainya. Trojan Horse boleh menjangkiti mesin pengguna tanpa disedari. Sebaik sahaja ia menembusi komputer, virus Trojan Horse akan mengimbas keseluruhan komputer dengan matlamat untuk mencuri data peribadi.

Perbezaan ketara di antara Trojan Horse dan virus adalah Trojan tidak menyebarkan diri mereka sendiri. Trojan menyamar sebagai perisian yang berguna yang boleh dimuat turun melalui Internet. Trojan pada masa kini dicipta untuk bekerjasama dengan virus(letak link) untuk memudahkan penyebarannya. 

Trojan biasanya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pelayan dan pelanggan. Pelanggan atau client akan menyamar sebagai sebuah perisian yang terletak dalam rangkaian perkongsian fail peer-to-peer atau pun laman web untuk muat turun yang tidak sah. Apabila client Trojan melaksanakan aplikasi yang mengandungi Trojan pada komputer,penyerang (iaitu orang yang run server), mempunyai tahap kawalan ke atas komputer yang tinggi, yang boleh membawa kepada kesan kemusnahan yang bergantung kepada tujuan penyerang.

Bagaimana ia merebak?

Virus Trojan Horse boleh merebak dalam beberapa cara. Cara yang paling biasa adalah jangkitan melalui lampiran e-mel. Pencipta virus biasanya menggunakan pelbagai teknik spamming untuk menyebarkan virus tersebut kepada pengguna yang tidak berhati-hati. Satu lagi cara menyebarkan Trojan ialah melalui perisian chat seperti Yahoo Messenger dan Skype. Cara lain adalah dengan menghantar salinan dirinya kepada orang-orang di dalam buku alamat pengguna yang telah dijangkiti Trojan.

Terdapat satu perkara penting yang perlu diingat, virus Trojan Horse tidak boleh 'dihidupkan' melainkan jika pengguna tidak mengaktifkan program yang mempunyai virus tersebut. Adalah penting yang anda tidak memuat turun program-program yang tidak diketahui, yang mana sumber integritinya boleh diragui, lebih-lebih lagi jika seseorang atau sesuatu memujuk anda untuk berbuat demikian.

♥ Dah baca? Komen la plak.. :) ♥

0 comments: