Ai, takkan tengok jak.. hehehe

Selamatkan fail yang ter'delete' dengan Recuva

Recuva (disebut ""recover") adalah satu perisian utiliti percuma Windows untuk memulihkan fail yang telah sengaja dipadamkan dari komputer anda. Ini termasuklah fail yang dikosongkan dari  Recycle bin serta imej dan fail-fail lain yang telah dipadam disebabkan kesilapan pengguna dari kad memori kamera digital atau pemain MP3. Ia juga akan membawa balik fail yang telah dipadam dari iPod anda,atau oleh pepijat, kemalangan dan virus!

Kelebihan Recuva

>> Antaramuka yang mudah untuk digunakan - hanya klik 'Start' dan pilih fail yang anda mahu pulihkan.
>> Penapis atau filter yang mudah untuk digunakan untuk keputusan yang berdasarkan nama fail / jenis.
>> Windows mudah dengan antaramuka seperti List dan Tree view.
>> Boleh dijalankan dari pemacu USB.
>> Mengembalikan semua jenis fail, dokumen pejabat, imej, video, muzik, e-mel dan sebagainya.
>> Menyokong fail sistem FAT12, FAT16, FAT32, exFAT, NTFS, NTFS5, NTFS + EFS.
>> Mengembalikan fail dari removable media (SmartMedia, Secure Digital,MemoryStick, kamera digital, cakera Liut, Cakera Jaz, Sticks Memori Sony, kadCompact Flash, Smart Media Card, Kad Secure Digital, dll.)
>> Mengembalikan fail dari pemacu ZIP luar, Firewire dan USB Hard drive.
>> Ia pantas, kecil dan mengambil masa beberapa saat untuk dijalankan!

Cara menggunakan Recuva.

Paparan antaramuka pertama Recuva. Klik Next..

Pilih jenis fail yang hendak dipulihkan dan klik Next.

Pilih lokasi dimana fail yang telah ter'delete' 

Mengimbas fail

Fail yang dijumpai semasa scan. Tandakan mana-mana fail dan klik Recover.

Pilih lokasi untuk menyimpan fail  dan klik Ok.


Mudah saja bukan? Klik SINI untuk muaturun Recuva versi yang terbaru.



♥ Dah baca? Komen la plak.. :) ♥

0 comments: