Ai, takkan tengok jak.. hehehe

Microsoft Security Essential



Microsoft Security Essentials (MSE)adalah satu perisian sistem sekuriti untuk komputer yang membantu melindungi komputer anda dari dijangkiti virus, spyware dan malware.

Perisian ini adalah sangat 'ringan', setiap imbasan pada komputer dapat dirasakan sangat lancar, dan ianya adalah antivirus serta antispyware rasmi dari Microsoft yang 100% percuma kepada pengguna Sistem Operasi Windows. Teknologi pengesanannya juga adalah sangat bagus di mana Microsoft meletakkan standard yang tinggi untuk setiap definisi virus supaya dapat mengurangkan FALSE POSITIVE. Ini adalah sangat penting untuk setiap advance user yang tidak mahu 'diganggu' oleh perisian antivirus ketika melakukan apa-apa kerja..pengesanan yang SALAH boleh merugikan pengguna..(Bayangkan anda memuat turun fail yang bersaiz besar tetapi kemudian dipadam atau disekat secara DEFAULT oleh antivirus. Ini kerap berlaku kepada pengguna Kaspersky!)

Setiap fail yang berjaya dikesan oleh MSE juga akan diminta 'kebenaran' dari ANDA terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan..ciri ini adalah bagus supaya pengguna tahu apa kandungan yang telah dimuat turun yang dikesan sebagai virus..
Anda boleh memuat turun Microsoft Security Essentials dari laman web rasmi Microsoft
di sini -> Microsoft Security Essentials

♥ Dah baca? Komen la plak.. :) ♥

Tips Memilih Kata Laluan Yang Selamat


Dalam dunia teknologi maklumat, password adalah salah satu cara nak elakkan orang daripada menceroboh maklumat penting. Biasanya setiap laman web ada kriteria tersendiri untuk password seperti mesti 8 karakter dan lebih, kombinasi dengan nombor, simbol dan sebagainya. Ini semua bertujuan untuk keselamatan data kita.

Paling utama laman web yang kita kena buat password yang kuat ialah laman web perbankan seperti Maybank2u,Cimbclick,Paypal ataupun laman web beli-belah macam Amazon atau eBay.

Tips yang boleh saya kongsikan di sini ialah:
1. Katakanlah perkataan password yang kita pilih ialah facebook. Mula-mula terbalikkan perkataan tu. Jadi sekarang password kita jadi koobecaf.
2. Kemudian tukarkan kepada nombor kepada huruf yang sesuai seperti O>0, e>3. Kini, perkataan password jadi k00b3caf.
3. Kalau sistem tu membenarkan karakter unik macam @#$^&, jadi perkataan k00b3caf boleh tukar jadi k00b3c@f dengan menggantikan a dengan @.
4. Kalau sistem tu hanya benarkan huruf dengan nombor saja, tukarkan mana-mana huruf jadi huruf besar. Dalam hal ni saya pilih huruf a jadi huruf besar. k00b3cAf.
5. Katakan nak lagi ubah kepada lagi kepada password yang lebih susah, masukkan apa-apa nombor yang kita ingat dan faham dalam perkataan password tu. Contohnya saya masukkan ketinggian saya pada hujung perkataan password. Inilah hasilnya k00b3cAf154.

Mesti susah nak ingat password tu kan.Lagipun itu contoh.Takpe, yang penting kita faham password kita, tak perlu ingat pun. Oklah. Kita dah buat password tadi. Lepas ni kita nak uji sejauh mana kekuatan password kita tadi di  SINI.

Masukkan password yang kita dah cipta tadi. Hasilnya ‘It would take about 164 thousand years for desktop PC to crack your password’! 164 ribu tahun nak godam password tu! Terlebih power lak.

♥ Dah baca? Komen la plak.. :) ♥

Cara mudah mencari imej di Google Images

Kebiasaannya pengguna Google akan mencari imej hanya dengan menaip nama imej tersebut. Tetapi adakah anda betul-betul dapat imej yang anda mahu? Bagaimana pula sekiranya anda ingin mencari maklumat tentang sesuatu imej yang anda tidak tahu namanya? 

Caranya sangat mudah, hanya perlu klik ikon kamera yang terdapat kotak carian Google Images.

Klik untuk zoom


Anda boleh memilih sama ada menggunakan url imej, muatnaik imej dari komputer anda atau tarik imej ke dalam kotak carian Google.

Klik untuk zoom

Menarik bukan? Pencarian imej sebegini memudahkan kita untuk mengetahui sama ada imej kita telah digunakan oleh orang lain. Selamat mencuba! ^___^




♥ Dah baca? Komen la plak.. :) ♥

Tune Up Utilities - Software Untuk Komputer Anda

Bagi pengguna Windows mesti pernah dengar tentang perisian TuneUp Utilities iaitu satu perisian untuk tweak dan optimize sistem Windows. Tune Up Utilities dapat melindungi komputer anda dari kerosakan. Perisian ini membantu mengoptimumkan penggunaan komputer anda dengan pelbagai fungsi yang terdapat didalamnya seperti :

  • Meningkatkan prestasi dan hayat bateri
  • Menganalisis dan menyelesaikan masalah komputer anda
  • Membolehkan anda untuk mengembalikan fail yang dipadam dengan tidak sengaja 
  • Membersihkan kesan data dari cakera keras anda, dan menghapuskan fail-fail sensitif untuk mengelakkan dari tersebar.


Bagi peminat TuneUp Utilities, kini anda boleh mendapatkan versi terbaru, TuneUp Utilities 2012 yang dikemaskini dengan pelbagai fungsi baru.


♥ Dah baca? Komen la plak.. :) ♥

Avira Antivirus Personal 2012

Antaramuka terbaru Avira 2012


Baru-baru ini Avira telah melancarkan antivirus versi terbaru untuk tahun 2012 bagi semua produknya sama ada freeware mahu pun yang berbayar seperti Avira Premium dan Avira Internet Security. Bagi pengguna Avira boleh segera memuaturun Avira Personal di laman web Avira kerana versi 2011 akan tamat pada penghujung November ini.




♥ Dah baca? Komen la plak.. :) ♥

Cara remove virus shortcut .lnk

Pernah tak anda semua alami dimana ketika anda memasukkan thumb drive atau external hard disk ke laptop atau komputer anda tetapi folder yang sepatutnya ada dalam peranti tersebut tiba-tiba hilang atau menjadi shortcut?? 

Jika pernah, jangan risau kerana folder tersebut bukanlah hilang tetapi attributes  folder tersebut menjadi superhidden dan berformat .lnk. Fail yang terdapat dalam folder tersebut juga masih ada didalamnya. Cara untuk memulihkan kembali folder anda adalah sangat mudah dan saya sendiri pun seronok melakukannya.. ^___^


1. Mula-mula sekali, pastikan thumb drive atau external hard disk anda telah dimasukkan.

2. Pergi ke Tool - Folder Options - View - pilih Show hidden files and folders dan untick pada bahagian Hide protected operating systems files untuk memaparkan folder yang telah menjadi superhidden.


3. Pada ketika ini, folder anda sudah boleh dicapai tetapi apabila anda menukar tetapan untuk folder options anda kembali kepada "Do not show hidden files & folders", folder anda akan ter'hidden' semula. Bagi mengatasi masalah tersebut, jom ikuti langkah seterusnya. 

4. Bagi pengguna Windows XP seperti saya, klik Start - Run - taip cmd dan tekan Ok. Bagi pengguna Windows 7 boleh klik Start - All Program - Accessories - Run/Command Prompt - Enter untuk paparkan command prompt. Kemudian taip cd.. (dua titik sahaja) dan Enter sehingga tiba d C:\


5. Masukkan lokasi storan anda, contohnya saya masukkan h: kerana thumb drive saya terletak di H: . Anda boleh memilih sama ada menggunakan huruf besar atau huruf kecil pun boleh.. Kemudian taip kan dir dan tekan Enter. Paparan seperti dibawah akan ditunjukkan.


6. Arahan dir  adalah untuk memaparkan semua fail atau folder yang terdapat dalam storan anda. Nama storan juga akan dipaparkan seperti contoh diatas.


7. Pada bahagian bawah senarai fail akan dipaparkan bilangan fail dan folder(dir) yang terdapat dalam thumb drive tersebut. Anda boleh lihat tiada folder yang dapat dikesan oleh command prompt ini kerana semua folder tersebut telah menjadi "superhidden". 

8. Ok, bagi menukar attributes folder tersebut, taipkan arahan seperti dibawah.

attrib -s -h namafolder


9. Contoh adalah seperti gambar diatas. Bagi nama folder yang mengandungi space, gunakan penanda double quote seperti berikut.

attrib -s -h "minggu suai kenal"

10. Lakukan langkah ke enam sehingga semua folder dapat dipulihkan.. Sekiranya ada pertanyaan, jangan malu jangan segan, komen anda amatlah dihargai.. :)


P/s: Sila klik imej untuk paparan yang lebih jelas.. :)
♥ Dah baca? Komen la plak.. :) ♥

Selamatkan fail yang ter'delete' dengan Recuva

Recuva (disebut ""recover") adalah satu perisian utiliti percuma Windows untuk memulihkan fail yang telah sengaja dipadamkan dari komputer anda. Ini termasuklah fail yang dikosongkan dari  Recycle bin serta imej dan fail-fail lain yang telah dipadam disebabkan kesilapan pengguna dari kad memori kamera digital atau pemain MP3. Ia juga akan membawa balik fail yang telah dipadam dari iPod anda,atau oleh pepijat, kemalangan dan virus!

Kelebihan Recuva

>> Antaramuka yang mudah untuk digunakan - hanya klik 'Start' dan pilih fail yang anda mahu pulihkan.
>> Penapis atau filter yang mudah untuk digunakan untuk keputusan yang berdasarkan nama fail / jenis.
>> Windows mudah dengan antaramuka seperti List dan Tree view.
>> Boleh dijalankan dari pemacu USB.
>> Mengembalikan semua jenis fail, dokumen pejabat, imej, video, muzik, e-mel dan sebagainya.
>> Menyokong fail sistem FAT12, FAT16, FAT32, exFAT, NTFS, NTFS5, NTFS + EFS.
>> Mengembalikan fail dari removable media (SmartMedia, Secure Digital,MemoryStick, kamera digital, cakera Liut, Cakera Jaz, Sticks Memori Sony, kadCompact Flash, Smart Media Card, Kad Secure Digital, dll.)
>> Mengembalikan fail dari pemacu ZIP luar, Firewire dan USB Hard drive.
>> Ia pantas, kecil dan mengambil masa beberapa saat untuk dijalankan!

Cara menggunakan Recuva.

Paparan antaramuka pertama Recuva. Klik Next..

Pilih jenis fail yang hendak dipulihkan dan klik Next.

Pilih lokasi dimana fail yang telah ter'delete' 

Mengimbas fail

Fail yang dijumpai semasa scan. Tandakan mana-mana fail dan klik Recover.

Pilih lokasi untuk menyimpan fail  dan klik Ok.


Mudah saja bukan? Klik SINI untuk muaturun Recuva versi yang terbaru.



♥ Dah baca? Komen la plak.. :) ♥

Shorcut Papan Kekunci Windows


window2Win(logo) >> Untuk menampilkan Start Menu

window2Win+R >> Untuk membuka dialog RUN

window2Win+M >> Untuk minimize semua program yang sedang aktif/dijalankan

window2Win+Shift+M Untuk maximize semua program yang sedang aktif

window2Win+L >> Kembali ke tampilan Login (kondisi program masih aktif)

window2Win+E >> Untuk membuka My Computer

window2Win+F >> Untuk membuka tampilan Search

window2Win+U >> Untuk membuka Utility Manager

window2Win+D >> Untuk minimize semua Windows yang aktif dan menampilkan Desktop

window2Win+F1 >> Untuk membuka Windows Help

window2Win+Pause >> Untuk membuka kotak dialog System Properties

window2Win+Tab >> Untuk pindah ke program yang lain yang sedang aktif ( taskbar )


Alt + Tab >>  Untuk berpindah ke program yang lain yang sedang aktif (Opened windows)

Alt + F4 >> Untuk menutup / menghentikan program yang sedang aktif

Alt + SPACEBAR + N >> Untuk minimize satu program yang sedang aktif

Ctrl + Alt + Delete / Ctrl + Shift + Esc >> Untuk membuka Task Manager

Ctrl + Esc  >> untuk menampilkan Sart Menu

Shift >> untuk mencegah autoplay dari CD atau external drive , tekan button shift ini ketika memasukkan CD / external drive
  
Shift+Delete >> Untuk memadam terus sesuatu file/objek (tidak ke Recycle Bin).


P/S :: Ada banyak lagi sebenarnya.. Google je,k? :)


♥ Dah baca? Komen la plak.. :) ♥

Antivirus SMADAV 2011


Pernah dengar perisian antivirus Smadav? Sebenarnya saya baru tahu mengenai antivirus ini semasa membantu housemate saya yang laptopnya diserang virus shortcut.

Smadav adalah perisian antivirus yang berasal dari Indonesia dan sangat berkesan melawan virus-virus terutamanya yang berasal dari Indonesia seperti brontok dan bro act. Antivirus ini boleh digunakan bersama antivirus import lain sama ada yang percuma iaitu Avira, AVG, Avast mahupun yang berbayar, contohnya Kaspersky, Norton atau NOD32.

Versi yang baru dikeluarkan ialah Smadav Rev. 8.7 dan boleh didapati di laman web Smadav.net.



♥ Dah baca? Komen la plak.. :) ♥

Apa Itu Trojan?

Trojan atau Trojan Horse adalah sebuah program yang kelihatan sama seperti program yang biasa tetapi sebenarnya program tersebut mengandungi kod-kod yang berbahaya kepada sesebuah komputer dan mampu mengakibatkan kerosakan. Kerosakan tersebut boleh ditafsirkan sebagai kecurian data, kecurian identiti, akaun sulit dan sebagainya. Trojan Horse boleh menjangkiti mesin pengguna tanpa disedari. Sebaik sahaja ia menembusi komputer, virus Trojan Horse akan mengimbas keseluruhan komputer dengan matlamat untuk mencuri data peribadi.

Perbezaan ketara di antara Trojan Horse dan virus adalah Trojan tidak menyebarkan diri mereka sendiri. Trojan menyamar sebagai perisian yang berguna yang boleh dimuat turun melalui Internet. Trojan pada masa kini dicipta untuk bekerjasama dengan virus(letak link) untuk memudahkan penyebarannya. 

Trojan biasanya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pelayan dan pelanggan. Pelanggan atau client akan menyamar sebagai sebuah perisian yang terletak dalam rangkaian perkongsian fail peer-to-peer atau pun laman web untuk muat turun yang tidak sah. Apabila client Trojan melaksanakan aplikasi yang mengandungi Trojan pada komputer,penyerang (iaitu orang yang run server), mempunyai tahap kawalan ke atas komputer yang tinggi, yang boleh membawa kepada kesan kemusnahan yang bergantung kepada tujuan penyerang.

Bagaimana ia merebak?

Virus Trojan Horse boleh merebak dalam beberapa cara. Cara yang paling biasa adalah jangkitan melalui lampiran e-mel. Pencipta virus biasanya menggunakan pelbagai teknik spamming untuk menyebarkan virus tersebut kepada pengguna yang tidak berhati-hati. Satu lagi cara menyebarkan Trojan ialah melalui perisian chat seperti Yahoo Messenger dan Skype. Cara lain adalah dengan menghantar salinan dirinya kepada orang-orang di dalam buku alamat pengguna yang telah dijangkiti Trojan.

Terdapat satu perkara penting yang perlu diingat, virus Trojan Horse tidak boleh 'dihidupkan' melainkan jika pengguna tidak mengaktifkan program yang mempunyai virus tersebut. Adalah penting yang anda tidak memuat turun program-program yang tidak diketahui, yang mana sumber integritinya boleh diragui, lebih-lebih lagi jika seseorang atau sesuatu memujuk anda untuk berbuat demikian.

♥ Dah baca? Komen la plak.. :) ♥

Apa Itu Virus?



VIRUS komputer adalah satu program yang ditulis atau direka khas yang berupaya menyalin dirinya sendiri dan menjangkiti komputer tanpa kebenaran ataupun pengetahuan pengguna. Biasanya, virus disebarkan melalui fail .exe (executable). Ianya boleh tersebar apabila sampai ke komputer lain, contohnya melalui rangkaian atau perantara mudah alih seperti cakera liut, cakera padat atau pemacu kilat USB. Virus juga boleh merebak dengan menjangkiti fail pada sistem fail rangkaian atau mana-mana sistem fail yang dicapai komputer lain.

Sesetengah virus direka untuk menjejaskan komputer dengan merosakkan atur cara, menghapuskan fail, atau memformat semula cakera keras, manakala virus-virus yang lain direka bukan untuk merosakkan apa-apa, tetapi hanya untuk menyalin diri dan mungkin untuk menonjolkan kewujudannya melalui pemaparan teks, video, atau pesanan audio. 

Walaupun virus yang kedua ini tidak berbahaya, ia juga boleh menimbulkan masalah kepada pengguna komputer kerana ia menelan ingatan komputer yang digunakan oleh atur cara yang sah. Oleh yang demikian, ia sering mengakibatkan tindakan yang tidak menentu dan boleh mengakibatkan kerosakan sistem. Selain itu, banyak virus juga mengandungi pepijat yang boleh mengakibatkan kerosakan sistem dan kehilangan data.

Tujuan virus dicipta adalah untuk menjejaskan komputer dengan merosakkan aturcara, menghapuskan fail, mencuri data-data atau memformat semula cakera keras. 


♥ Dah baca? Komen la plak.. :) ♥

Tak boleh delete folder atau fail?

Assalamualaikum & salam sejahtera.. :)

Pasti ada yang pernah mengalami situasi di mana ada sesetengah fail atau folder yang tidak dapat dipadam atau dipindah serta tidak tahu program apa yang sedang menggunakannya. Sebagai contoh lihat printscreen dibawah.

Error Deleting

Error Deleting

Error Moving

Error Renaming


Jika perkara ini terjadi, maka perisian Unlocker adalah penyelesaiannya.

Unlocker V 1.9.1
License : Freeware
Size : 1.59Mb
OS : Windows 2000/XP/2003/Vista/7

Ctrl+click untuk buka di tab yang baru


Cara penggunaan perisian ini adalah amat mudah. Hanya perlu klik kanan pada file atau folder yang ingin di delete dan pilih Unlocker.


Kemudian pilih sama ada hendak delete, rename atau pindah. Kemudian klik OK.


Sekiranya anda memilih untuk delete fail tersebut, windows seperti dibawah akan dipaparkan menandakan fail tersebut telah berjaya dipadam.


Selamat mencuba! :)


♥ Dah baca? Komen la plak.. :) ♥