Ai, takkan tengok jak.. hehehe

Microsoft Security Essential



Microsoft Security Essentials (MSE)adalah satu perisian sistem sekuriti untuk komputer yang membantu melindungi komputer anda dari dijangkiti virus, spyware dan malware.

Perisian ini adalah sangat 'ringan', setiap imbasan pada komputer dapat dirasakan sangat lancar, dan ianya adalah antivirus serta antispyware rasmi dari Microsoft yang 100% percuma kepada pengguna Sistem Operasi Windows. Teknologi pengesanannya juga adalah sangat bagus di mana Microsoft meletakkan standard yang tinggi untuk setiap definisi virus supaya dapat mengurangkan FALSE POSITIVE. Ini adalah sangat penting untuk setiap advance user yang tidak mahu 'diganggu' oleh perisian antivirus ketika melakukan apa-apa kerja..pengesanan yang SALAH boleh merugikan pengguna..(Bayangkan anda memuat turun fail yang bersaiz besar tetapi kemudian dipadam atau disekat secara DEFAULT oleh antivirus. Ini kerap berlaku kepada pengguna Kaspersky!)

Setiap fail yang berjaya dikesan oleh MSE juga akan diminta 'kebenaran' dari ANDA terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan..ciri ini adalah bagus supaya pengguna tahu apa kandungan yang telah dimuat turun yang dikesan sebagai virus..
Anda boleh memuat turun Microsoft Security Essentials dari laman web rasmi Microsoft
di sini -> Microsoft Security Essentials

♥ Dah baca? Komen la plak.. :) ♥